Friday, October 9, 2020

Larian Pertama Dalam Hidup, Pinktober 2020.

 Bismillah.

Sebelum perasaan yang saya alami sekarang ini hilang, saya mahu catatkan di sini. Tentang hari ini, petang ini khususnya. 

Beberapa minggu lepas saya cabar diri untuk sertai virtual run buat pertama kali dalam hidup. Selama ni memang ada keinginan nak sertai tapi saya kurang berminat sertai event running yang public. Wallahua'lam mungkin pada masa akan datang (selepas tamatnya covid19) saya akan sertai.

Cara sertai virtual run tu sangat mudah, ringkasnya begini:

1) Daftar & bayar (boleh pilih samada nak beli jersey dan medal atau medal sahaja. Saya pilih medal sahaja)

2) Selepas terima e-bib, dah boleh mula lari pada tarikh yang ditetapkan. Larian yang saya sertai kali ini ialah Pinktober. Bermula 8hb Oktober sehingga 31 Oktober 2020. 

3) Habiskan larian 7km. Sikit sahaja kan? Tempoh yang diberi sangat lama iaitu dalam 3 minggu. Sehari 1km pun boleh. Tak perlu habiskan sekaligus.

4) Lepas dah cukup 7km, screenshot page dari app step tracker seperti Strava atau Pacer, kemudian submit pada organizer. Organizer yang saya sertai kali ini ialah Fit Muslimah Run. Ada jersey muslimah, terbaik. 

5) Tunggu organizer post jersey & medal kita. Selesai.

Jadi semalam saya belum mula 'berjalan' untuk cukupkan 7km. Saya mulakan pagi ini. Rancangan asal, saya nak brief walk dalam 2-3km sahaja sehari. Jadi pagi tadi saya berjaya habiskan dalam 3km. Dan petang ni saya cuba cabar diri untuk tambah lagi sedikit km. 

Saya pakai headphone, pasang kuat-kuat seolah berada dalam dunia sendiri, dan saya lari dan lari. Semangat entah dari mana tapi saya memang tak rasa nak berhenti apatah lagi penat. Bila cek app, oh rupanya saya dah lari lebih 7km! Tak dapat nak gambarkan macam mana rasa puas hati dan gembira bila berjaya cabar diri. Ada satu kepuasan yang tak pernah saya rasakan sebelum ini. MashaAllah! 

Sekarang saya dah selesai dengan Pinktober run dan hanya menunggu medal sampai ke rumah. Alhamdulillah. Betul lah, berpeluh ni sebenarnya sangat bagus untuk emosi kita. Banyak bergerak boleh memberi kesan yang baik pada emosi dan fizikal kita. 

Jadi kalau ada hari kita rasa sedih, get up and move! Jangan layan perasaan atau apa-apa lagu yang menyedihkan. Kita bertanggungjawab atas hidup kita, jadi kita usahakan buat yang terbaik. Jumpa lagi dalam entri seterusnya. <3