A few years back, saya memang fikir "lagi banyak baca buku lagi bagus". Tapi sebenarnya it's more than that.
Lepas saya tengok Alex and books (famous bookish content creator) pernah kongsi jumlah bacaan dia hanya 60++ buah buku pada tahun tertentu, ia buat saya banyak refleksi diri.
Saya jadi tertanya kenapa agaknya orang hebat & terkenal dalam bidang membaca macam Alex hanya baca 60 buku sedangkan lebih ramai yang baca 100 buku ke atas.
Dan saya temui jawapan bahawa; apa kita baca dan sejauh mana kesan positif dari bacaan kepada diri kita; juga perlu jadi ukuran, bukan kuantiti buku semata.
Dari situ saya mula:
- tepis rasa insecure bila tengok orang baca lebih banyak buku setiap bulan
- ajar diri rasa selesa untuk baca tanpa terkejar-kejar
- dah tak ada monthly TBR (to-be-read) list
- suka berlama-lama pada halaman yang bermakna pada saya, samada untuk baca demi betul-betul faham, untuk anotasi, untuk dinikmati bersama kopi, untuk diabadikan dalam format gambar dan sebagainya
- tak kisah reread buku yang sama
- tak kira dah baca berapa buku
Membaca buku bukan pertandingan dengan sesiapa. Tak perlu rasa down bila jumlah bacaan orang lain jauh berganda banyak berbanding kita.
Yang penting kita tahu kita sudah usahakan yang terbaik, sudah cuba konsisten membaca, sudah cuba fahamkan apa kita baca & cuba praktikkan semampunya ilmu serta nasihat dari bacaan kita.
Bila kita membaca dengan nama Tuhan, kita tahu kita membaca untuk sentiasa baiki diri untuk jadi hambaNya yang lebih baik.