Bismillah.
Biasanya bila masuk bulan baru, ramai orang akan kongsi book haul mereka, iaitu buku-buku yang telah mereka baca untuk bulan sebelumnya. Tapi untuk bulan ini, sengaja saya mahu buat kelainan, saya mahu kongsi buku-buku yang ditambah masuk ke dalam wishlist saya untuk setakat bulan Januari.
1.
Walk with Wings oleh Tene Edwards
 |
Buku ini buku poems. Ada yang kongsi sajak dari buku ini dan saya terus jatuh cinta.
Kerana sajaknya tentang strength, inspirasi, motivasi dan sebagainya. |
2.
Asam Garam Rumah Tangga Nabi oleh Luqman Makhtar
 |
Semakin dewasa, semakin saya sentiasa tercari inspirasi dari sirah Nabi sollallahu alaihi wasallam. Kerana itu, saya mudah tertarik dengan apa sahaja buku sirah. Mahu contohi mereka yang berjaya dunia akhirat. |
3. Hope Rekindled oleh Raghad Ebied
 |
Kerana sekarang saya amat suka baca buku-buku yang empowering seperti ini, yang ditulis oleh muslimah. |
4. High Performance Habits oleh Brendon Burchard
 |
Bermula dengan menonton video-video motivasi & bisnes di youtube nya, membuatkan saya tertarik untuk membeli bukunya. |
5. Taking Action oleh Barakah K. Hassan
 |
Top wishlist! Sebab buku bisnes untuk wanita, oleh muslimah. Agak rare. |
6. Be Strong oleh Bonda Nor
 |
Tertarik dengan tagline "berani menjadi aku." Tak sabar nak dapatkan untuk cari motivasi buat diri. |
7. Da'i Disruptor oleh Muharikah
 |
Sebab penulisnya ialah Muharikah dan setakat ini saya belum terlepas lagi apa-apa bukunya. Kecuali yang ini. :) |
8. Rediscover Allah Rediscover Yourself oleh Aliyah Quadri
 |
Ini juga lebih kurang buku Hope Rekindled, oleh Muslimah (bukan Malaysia), berkaitan inspirasi hidup. |
9. Grit oleh Angela Duckworth
 |
Mula kenali istilah grit dari video penulisnya di Tedtalk. Kemudia nampak ramai orang beli buku ini di BBW tahun lepas. Sayangnya saya tak jumpa buku ini ketika itu. Ada di bookstore biasa tapi semestinya harga berkali ganda mahal berbanding di BBW. |
10. Usrahku Sayang oleh Ustazah Fatimah Syarha
 |
Tiba-tiba rasa teringin nak baca buku ni tentang usrah. Dan saya memang jatuh hati dengan penulisan ustazah, bermula dengan novel Tautan Hati suatu masa dulu. |
Saya kongsikan 10 sahaja. Bulan depan saya kongsi wishlist Februari pula. Wishlist ni tak bermakna saya mahu beli serta merta, tapi sekurang-kurangnya bila saya ke kedai buku, saya dah tahu saya mahu buku apa. Dan mungkin boleh jadi buku dalam wishlist anda juga. ;)