Sunday, September 20, 2020

3 Tips Mudah & Berkesan untuk Baca Buku

Bismillah.

Saya nak kongsikan 3 tips mudah dan inshaAllah berkesan untuk membaca buku sampai habis, terutamanya untuk yang baru nak berjinak-jinak dengan tabiat membaca (beginner).

1) Beli buku yang memang anda betul-betul teruja nak baca. Cari buku yang penulis atau isi kandungannya anda suka dan rasa tak sabar nak baca. Bukan beli kerana terikut-ikut orang lain tanpa benar-benar tertarik dengan isi kandungannya. 

2) Letakkan matlamat berapa lama anda perlu habiskan membaca buku tersebut. Contohnya; dalam masa 2 minggu atau satu bulan. Bila ada matlamat, anda akan lebih termotivasi untuk kejar target.

3) Fokus satu buku dahulu sebelum beralih kepada buku lain. 

Itu saja. Mudah kan? Bila anda dah berjaya konsisten membaca, bolehlah naikkan jumlah target buku yang dibaca. Tak perlu bandingkan berapa buku yang anda baca dengan yang orang lain baca. Yang penting baca & pastikan apa yang kita baca tu mampu mengubah diri kita menjadi lebih baik.

Selamat membaca! 




No comments:

Post a Comment