Wednesday, November 25, 2020

Reviu buku: Jangan Tunda Taubatmu.

 

Masa muda remaja dulu, saya pernah terfikir, kalau nak taubat, mesti kena tunggu waktu betul-betul yakin dah takkan ulang dosa tu. 


Sebab saya fikir, dosa akan berganda besar kalau dah taubat tapi terjebak lagi dengan dosa tu. Tapi sebenarnya itu sangat silap. Sebab benda tu tak termasuk pun dalam syarat taubat. 


Taubat ni syaratnya kita rasa menyesal, berhenti serta merta dari buat perkara tu & tekad taknak ulang lagi dosa tersebut. Solat taubat pun tak termasuk dalam syarat taubat, solat taubat tu adalah pelengkap kepada taubat.  Sebab ada orang yang solat taubat tapi hatinya tak betul-betul menyesal. 


Lepas tu bila tua sikit, saya tertanya, macam mana kalau ada orang yang berterusan buat dosa walau dah bertaubat, sebab dalam hati dia ada rasa Allah tu Maha Pengampun. Tapi perasaan tu pun salah. 


Memang betul Allah Maha Pengampun tak kira walau dosa kita tinggi melangit, tapi yakinkah kita masih hidup esok? Ada jaminan kah kita sempat bertaubat sebelum mati? 😔 


Sebab kita tak tahu bila kita mati, sebab kita tak tahu di mana kita mati, jadi kerana itu waktu terbaik untuk bertaubat ialah sekarang. Menunda taubat termasuk dosa yang perlu kita taubatkan. 


Terima kasih Buku PTS untuk buku yang sangat bermakna ni. Bahagian yang paling saya suka ialah yang ada dalam gambar terakhir. 💕 

Boleh dapatkan buku ini di www.bookcafe.com.my. RM15 sahaja. 



Monday, November 9, 2020

Reviu Buku: Tadabbur Surah Yusuf


Alhamdulillah selesai baca buku ni beberapa hari lepas. Semestinya highly recommended. Kisah-kisah dalam alquran, memang patut kita baca, kaji dan betul-betul fahami sebab di dalamnya ada panduan buat kita.


Apa yang saya sangat suka tentang buku ini? 👇🏻


1) Penulis menggunakan maklumat yang sahih dari Alquran & hadith sahaja. Kerana itu kalau anda baca buku ini, isteri al-Aziz yang menggoda Nabi Yusuf tidak langsung disebut sebagai Zulaikha. Kerana nama tersebut tidak ada dalam alquran mahupun hadith sahih. 


2) Buku ini membahagikan kisah nabi Yusuf kepada beberapa babak, jadi ia sangat memudahkan kita untuk faham kisahnya. Sekarang baru saya betul-betul faham tentang babak yang bermula setelah Nabi Yusuf dilantik menjadi Perdana Menteri, khususnya berkaitan adik beradik Nabi Yusuf yang datang ke istana untuk mendapatkan bekalan makanan. 


3) Presentation buku sangat cantik, menarik & mudah untuk dibaca. Material buku juga berkualiti. 👍🏻 


4) Penulis membincangkan juga tentang riwayat-riwayat israiliyat berkaitan Nabi Yusuf, dan ia membantu kita membezakan antara fakta sejarah yang sebenar dengan yang tiada asalnya. 


5) Penceritaan yang sangat kritis dan membuat kita fokus kepada isu yang penting dan tidak sibuk membincangkan perkara yang Allah tidak sebut tentangnya. Contoh; nama abang-abang Yusuf tidak disebut dan maknanya ia tiada keperluan untuk kita ambil tahu atau cuba meneka-neka. 


6) Pengajaran ayat serta isi tersiratnya diterangkan dengan baik oleh penulis. Membuatkan kita semakin kagum dengan kehebatan alquran serta kagum dengan peribadi Nabi Yusuf. 


Soalan cepu emas: Mengapa Nabi Yusuf dapat mengecam abang-abangnya setelah beberapa tahun tidak berjumpa, akan tetapi mereka tidak dapat mengecam Nabi Yusuf? 

Boleh dapatkan buku ini di pautan berikut: https://www.imanshoppe.com/products/tadabbur-surah-yusuf