Alhamdulillah selesai baca buku ni beberapa hari lepas. Semestinya highly recommended. Kisah-kisah dalam alquran, memang patut kita baca, kaji dan betul-betul fahami sebab di dalamnya ada panduan buat kita.
Apa yang saya sangat suka tentang buku ini? 👇🏻
1) Penulis menggunakan maklumat yang sahih dari Alquran & hadith sahaja. Kerana itu kalau anda baca buku ini, isteri al-Aziz yang menggoda Nabi Yusuf tidak langsung disebut sebagai Zulaikha. Kerana nama tersebut tidak ada dalam alquran mahupun hadith sahih.
2) Buku ini membahagikan kisah nabi Yusuf kepada beberapa babak, jadi ia sangat memudahkan kita untuk faham kisahnya. Sekarang baru saya betul-betul faham tentang babak yang bermula setelah Nabi Yusuf dilantik menjadi Perdana Menteri, khususnya berkaitan adik beradik Nabi Yusuf yang datang ke istana untuk mendapatkan bekalan makanan.
3) Presentation buku sangat cantik, menarik & mudah untuk dibaca. Material buku juga berkualiti. 👍🏻
4) Penulis membincangkan juga tentang riwayat-riwayat israiliyat berkaitan Nabi Yusuf, dan ia membantu kita membezakan antara fakta sejarah yang sebenar dengan yang tiada asalnya.
5) Penceritaan yang sangat kritis dan membuat kita fokus kepada isu yang penting dan tidak sibuk membincangkan perkara yang Allah tidak sebut tentangnya. Contoh; nama abang-abang Yusuf tidak disebut dan maknanya ia tiada keperluan untuk kita ambil tahu atau cuba meneka-neka.
6) Pengajaran ayat serta isi tersiratnya diterangkan dengan baik oleh penulis. Membuatkan kita semakin kagum dengan kehebatan alquran serta kagum dengan peribadi Nabi Yusuf.
Soalan cepu emas: Mengapa Nabi Yusuf dapat mengecam abang-abangnya setelah beberapa tahun tidak berjumpa, akan tetapi mereka tidak dapat mengecam Nabi Yusuf?
Boleh dapatkan buku ini di pautan berikut: https://www.imanshoppe.com/products/tadabbur-surah-yusuf
No comments:
Post a Comment