Buku ni walaupun kecil tapi ia bukan buku yang boleh dianggap santai. Penulisannya memang mudah dibaca dan difahami tapi ia bercerita tentang isu-isu penting serta realiti kehidupan sekarang, yang membuat kita berfikir apakah benar selama ini kita praktikkan ajaran Islam yang sebenar?
Kita selalu kaitkan buku santai sebagai ciri-ciri buku yang baik. Ya ia tak salah tapi jangan sampai kita hanya mahu baca buku yang santai-santai sahaja. Hidup kita perlu diambil secara serius, dan ada perkara yang kita perlu tegas tentangnya. Jadi ada masanya kita sangat perlu untuk baca buku dengan konten sebegini. Realiti kehidupan bukanlah sentiasa sesuatu yang 'santai'.
Saya suka bagaimana penulisnya @irfanamalee mampu membawa cerita benar kehidupan yang selama ni kita anggap remeh tetapi ia perkara besar dalam agama. Contohnya kisah seorang lelaki yang biasa mengelilingi kota Bandung dengan basikalnya semata-mata untuk memungut sampah yang ada. Dia berasa kecewa ketika dia pergi ke Mekah dan melihat ramai umat Islam di sana membuang sampah merata tempat, apatah lagi ia Tanah Suci. 😔
Topik yang saya sangat-sangat suka dan membuat saya sangat teruja ketika membacanya ialah:
1) Hati yang sakit, cenderung menyakiti.
2) Memaafkan adalah pillihan.
3) Lihat yang positif.
4) Orang yang tidak memiliki kebaikan akan mencari-cari keburukan orang lain.
5) Cukup hanya satu azam, hidup kita tahun depan akan berubah.
6) Pahlawan sampah ziarah ke Mekah.
7) Sejauh manakah membaca penting bagi kita?
8) Empat musuh yang merampas kebahagiaan kita setiap hari.
9) 95% waktu kita habis untuk memikirkan diri sendiri.
10) Selain IQ, EQ, SQ, ada AQ iaitu kecerdasan dalam menghadapi kesusahan.
Beli & baca & amalkanlah. Buku ini RM20 sahaja tetapi jika kita amalkan dalam kehidupan, InshaAllah sangat berbaloi. ❤️
Boleh dapatkan buku ini dari bookcafe.com.my
No comments:
Post a Comment