Friday, March 1, 2024

Biarkan Hati Turut Merasa

Pernah tak rasa macam, taknak scroll social media tentang Gaza sebab taknak sedih atau broken bila tengok apa yang berlaku di sana? 

Saya akui saya pernah rasa macam tu. Tapi ada satu post ni dia cakap sesuatu tentang perkara ni. Katanya; jangan elak dari tengok. Let our heart feel the pain, let our eyes shed tears, let their stories shatter our hearts. 

Kenapa?

Satu, sebab kita satu umat satu jasad, jadi kita perlu turut rasa kesakitan tu walau takkan 100% sama dengan apa yang mereka rasa. Juga untuk bina empati terhadap saudara kita di sana yang sedang mewakili kita untuk berjuang lawan musuh. 

Dua, sebab hati kita ni akan semakin kuat bila ia hancur & bila ia lalui sakit demi sakit. Hati kita takkan jadi kuat kalau ia tak diuji atau bila kita terlalu cuba untuk jaga dia dari sebarang rasa sedih, kecewa dan sebagainya. 

Bila hati hancur, ia akan cuba bina kekuatan semula untuk bangkit. Dari situ kita belajar untuk bina hati dan dalaman yang kuat. Biarkan airmata kita terus mengalir untuk Gaza, untuk Palestin. Memang selayaknya airmata kita dikeluarkan untuk mereka. 

Perjuangan ini bukan perjuangan mereka sahaja, tetapi juga perjuangan kita. Selain berdoa & jihad al maal (jihad dari segi kewangan untuk bantu mereka terus hidup), kita juga perlu turut terkesan dengan derita mereka. 

Bukan maksudnya kita sengaja menyakiti diri atau menangis meratap sehingga terabai apa yang sepatutnya kita buat, tapi dalam hati kita perlu ada rasa terkesan dengan apa yang terjadi dan perlu usaha untuk sama-sama berjuang mengikut kemampuan yang ada. 

Free Pal3stine.



No comments:

Post a Comment