Showing posts with label membaca. Show all posts
Showing posts with label membaca. Show all posts

Monday, September 28, 2020

5 Tips untuk Rasa Teruja Membaca

Bismillah.

Sebelum ni saya ada nyatakan antara tips untuk berjaya habiskan baca buku ialah; beli buku yang memang kita teruja nak baca & nak tahu isinya. Tapi, macam mana pula cara untuk wujudkan perasaan tu? Ini caranya 👇🏻 

1) Follow social media penerbit buku. Antara penerbit buku yang saya suka & rekemen; Iman Publication, MustRead, PTS, Jejak Tarbiah, Tertib Press, Karangkraf, Karya PiS. Kalau tak follow, macam mana nak tahu berita tentang buku itu ini yang best, kan? 😄 (Tapi yang ni ada risiko sikit, risiko tak boleh berhenti beli buku. 😂)



2) Setiap kali pergi mall, wajibkan diri pergi kedai buku. Ini lebih mudah sebab kita boleh belek sendiri isi kandungan & tengok samada kita suka atau perlukan buku tu atau tak. Kalau bukan jenis yang suka pergi mall, wajibkan diri pergi kedai buku mengikut jadual, mungkin seminggu atau sebulan sekali. 

3) Follow FB/IG komuniti buku, kelab buku atau yang sewaktu dengannya. Contohnya; Reading Muslimah, Suri Membaca, Bookends MY, Untitled dan sebagainya. Kalau mereka ada group whatsApp, boleh join (tapi sebaiknya join group yang tidak bercampur antara lelaki & perempuan)

4) Kenalpasti apa yang kita perlu ambil tahu? Contohnya kita ini seorang ibu, dah cukup atau belum ilmu parenting yang kita ada? Atau kita seorang Muslimah, tapi sudah cukupkah apa yang ada dalam dada kita berkaitan tanggungjawab seorang Muslimah? 
 
Kenalpasti juga apa genre buku yang kita suka & kita rasa boleh bantu baiki diri serta hidup kita. Kemudian rajin-rajin ambil tahu tentang buku berkaitan yang ada di pasaran. Kalau tanya saya, saya suka buku self-growth. 



5) Buat akaun instagram dan follow hashtag #books #bookstagram #bibliophile #malaysiaMembaca dan yang berkaitan genre buku kegemaran anda. Supaya sentiasa up-to-date dengan berita-berita berkaitan buku & juga untuk sentiasa ada motivasi membaca. 

 Kenapa Instagram? Kerana setakat pemerhatian saya, akaun social media yang khusus berkongsi tentang buku kebanyakannya ada di Instagram, bukan di FB. Tapi apa salahnya kita mulakan budaya berkongsi tentang buku yang kita baca di FB. 😄 

Mudah-mudahan boleh beri sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain & jadi sumber pahala kita.

Wednesday, October 17, 2018

3 Cara Mudah untuk Ingat Apa yang Kita Baca

Bismillah.

Pernah saya ditanya tentang soalan ini, iaitu;

"Macam mana kita nak ingat apa yang kita dah baca?"

Sebab kita mesti ada waktunya lepas habis baca sesuatu buku, kita rasa macam,

"Eh, apa yang aku dah baca dari buku ni ye?"

Jadi saya nak kongsikan di sini tentang 3 cara yang dapat membantu kita untuk mengingat isi buku yang kita baca, samada fiksyen (cerita) atau bukan fiksyen.




Cara pertama: Gariskan isi penting dari setiap muka surat yang kita baca. Dan untuk yang suka, anda boleh catatkan apa yang anda faham dari mukasurat tersebut di ruang kosong mukasurat berkenaan. Ada orang suka 'conteng' buku yang sedang dibaca, dan ada yang tak suka. Tapi sekurang-kurangnya dengan cara menggariskan isi penting (atau ayat penting) akan dapat membantu kita mengingati apa yang kita baca.

Cara kedua: Ceritakan apa yang kita baca kepada orang lain. Contohnya kita sedang berbual dengan kawan, jadi ambil peluang tersebut untuk ceritakan serba sedikit tentang isi buku yang sedang kita baca. Kerana apabila kita bercerita menggunakan ayat sendiri, kita cenderung untuk lebih mudah mengingati serta memahami apa yang kita baca.

Cara ketiga: Tulis. Kongsi di blog atau facebook atau Instagram anda tentang buku yang sedang anda baca. Kongsikan isi penting dari buku tersebut secara ringkas. Atau anda boleh juga menulis review tentang buku tersebut. Dengan cara ini, otak kita pasti akan memproses semula apa perkara atau data yang telah kita dapat dari pembacaan sebelum ini.

Boleh cuba dulu tips ini supaya anda tak rasa membuang masa membaca buku yang akhirnya anda lupa apa isinya. Selain tiga tips ini, yang penting adalah untuk praktikkan ilmu yang kita dapat dari buku tersebut. :)