Tuesday, May 23, 2017

Si Baju Kurung Kasut Kanvas

Bismillah.

Saya bukanlah peminat novel. Saya tak banyak baca novel. Ya memang saya banyak beli buku tapi kebanyakannya samada buku non-fiction, buku antologi cerpen/puisi, buku agama, dan lain-lain yang bukan novel. Bukanlah kerana saya tak suka novel, tapi sebab masa saya terhad. Dan untuk membaca novel, saya perlu luangkan masa yang banyak sekaligus untuk habiskan satu novel.

Sedangkan saya kalau baca buku, saya baca sedikit demi sedikit, selit-menyelit untuk cari waktu membaca. Kalau saya baca novel sekerat-kerat, boleh jadi saya lupa kesinambungan cerita sebelum tu setiap kali saya nak baca. Kalau buku selain novel, tak ada masalah kalau saya baca sekerat-sekerat, sebab kisahnya tak bersambung.

Cuma untuk novel tertentu, saya baca dan jatuh hati, saya akan cari masa di tengah malam untuk membacanya. Biasanya ambil masa juga dalam 3-4 hari untuk habiskan. Dan baru-baru ni, masa saya pergi MPH book fest di PICC, saya tertarik nak beli novel Si Baju Kurung Kasut Kanvas karya Umie Nadzimah. Tertarik semata-mata sebab tajuknya. ;) Sebab dari tajuk tu sendiri saya dah tahu yang cerita ni mesti bukan cerita cliche novel, sebab saya tak minat sangat novel cinta, heroin cantik, hero kaya, dan seterusnya.

Dan Alhamdulillah saya sudah habis baca novel tersebut & berpuas hati. <3 Saya bukan nak buat ringkasan untuk novel ni, tapi saya cuma nak cerita sikit kenapa saya sukakannya.

1) Heroinnya. Suria Rihana. Dia tak macam heroin dalam novel-novel lain, dia tak berapa cantik, badan sedikit berisi, suka pakai baju kurung, tudung & kasut kanvas. Tapi dia baik hati, ajar mengaji, jaga kucing, tapi bukanlah jenis wanita Melayu terakhir. Mulutnya laser juga untuk perkara-perkara tertentu yang perlu ditegur. ;)

2) Heronya. Gary Rahman. Ya, orang kaya, kacak, diminati ramai, pernah hanyut dalam dunia popular. Tetapi tiba satu masa, dia rasa penat dengan semua tu. Dia penat melayan wanita-wanita 'fake' yang mahu mendekatinya. Baginya ketulusan hati jauh lebih penting berbanding rupa. meski pada awalnya dia tidak banyak tahu tentang ilmu agama, tetapi dia gigih belajar walaupun umurnya sudah terlalu dewasa. Dan sebelum menjadi suami, dia tahu dia perlu jadi lebih baik dari segi ilmu agama berbanding isterinya.

3) Tiada adegan sentuh menyentuh. Biasanya novel yang saya pernah baca, ada adegan tersebut antara hero-heroin.

4) Pengajaran dari cerita ni sangat banyak. Antaranya tentang kesabaran, tentang kekayaan jiwa, tentang berusaha gigih dari bawah, tentang mengubah diri menjadi lebih baik, dan macam-macam lagi.

5) Ceritanya sempoi.

Silakan beli & baca. :D :D :D

Okaylah, dah nak masuk Maghrib dan saya pun tak dapat nak tulis panjang-panjang. Kesimpulannya saya rasa saya dah jatuh hati dengan penulisan Umie Nadzimah dan berhasrat untuk dapatkan novel-novelnya yang lain. ;)

Jumpa lagi di entri saya yang lain, inshaAllah.


Sunday, May 21, 2017

Ayah Jo a.k.a Prof Joni Tamkin

Bismillah.

Alhamdulillah, for being given the time & chance to write something in my Facebook regarding the death of late Professor Joni Tamkin a.k.a Ayah Jo (he was my husband's uncle). You can read it here if you like: HERE. Every time I am able to write, a satisfaction will suddenly reside in heart. Thank you Allah.

I don't intend to write the same thing here, and initially I was thinking of writing about something else in blog. Somehow, my current feeling doesn't really the suit with the theme of the particular post that I want to write. Kinda having such a melancholic feeling, thinking about the sudden death of Ayah Jo. :'(

And to top it all, this tiny little heart grieves more when I try to put myself in the shoe of late Ayah Jo's wife; Che Na. I wonder whether I will be as strong as her to lose a dear husband without being given any signs or warning about death. I was thinking how Che Na slept on that final night with her husband, without having any idea that the next day, her life will change, a lot.

This teaches me to really appreciate the presence of those beloved people to us. Have you ever wonder, how remorseful the feeling will be if the person that you love dies during the bad term between both of you, without being given the chance to apologize to each other? Allahuakbar, I can't imagine that and I really pray that such thing will never happen to me. I will always remind myself that I need to be the best version of myself whenever I am dealing with the people I love, especially my family.

Ya Allah, I do & really hope that the passing of late Ayah Jo is a great reminder for me to change to be a better muslim & become steadfast in the right path. I don't want to die while Allah is not please with me. I wanna die in husnul khatimah. I want the barzakh life to be my resting place,before transferring to my final abode, Jannah inshaAllah.

Sorry I need to stop writing now. InshaAllah will write more. :) Thanks for reading. <3



Monday, April 17, 2017

Hati yang Telah Sentap

Bismillah.

KAK FYNN LIVE

Asalnya saya dah nak lelapkan mata tadi dalam pukul 11 lebih. Tapi masa scroll Instagram kejap sebelum nak tidur, nampak notification yang kak Fynn tengah live. Terus saya rasa tertarik untuk tengok sebab sebelum ni tak pernah lagi join tengok masa kak Fynn buat live. Banyak topik yang dikupas (berdasarkan soalan followers) tapi saya bukan nak kongsi semua yang saya dengar tadi. Cuma tertarik dengan satu topik ni, yang timbul lepas ada orang tanya lebih kurang macam ni:

"Macam mana nak nasihat kawan kita yang tak solat? Dah bagi nasihat sentap kat dia pun tak jalan..."

TARBIAH/DAKWAH SENTAP?

Sebagai menjawab persoalan tu, kak Fynn terangkan bahawa nasihat sentap atau tarbiah sentap tu tak tepat. Sebab apa? Sebab ia langsung tak sama dengan cara Rasulullah sollallahu alaihi wasallam dalam menasihati seseorang. Maksud kak Fynn "sentap" tu ialah bila kita guna perkataan yang kasar, yang bernada sarkastik ketika berdakwah. Cara tu sebenarnya tak kena dengan hati manusia, tak kira manusia dari zaman Rasulullah ataupun dari zaman sekarang. Apa cara yang Nabi sollallahu alaihi wasallam laksanakan itulah yang terbaik, yang perlu dicontohi oleh kita yang mahu menyampaikan agama.

Cara Baginda sollallahu alaihi wasallam adalah penuh hikmah, penuh kelembutan. Tiada kecaman, tiada menuding jari, tiada menggunakan perkataan-perkataan yang kasar. Kerana semestinya baginda sollallahu alaihi wasallam sangat tahu bahawa hati manusia itu hanya akan lembut apabila ia didekati dengan cara hikmah dan bukan kekasaran. Hati kita, bila ia mula terasa sentap atau "terasa hati" dengan kata-kata orang lain, sebenarnya ia tidak membantu hati untuk mendorong diri menjadi lebih baik, bahkan adakala ia menjadikan orang yang dinasihati itu rasa mahu makin menjauh dengan agama, dan juga dengan yang memberi nasihat.

Kak Fynn pernah cerita, dulu masa dia masih mencari-cari jalan pulang, dia ada hadiri kuliah-kuliah agama dengan harapan kata-kata penceramah dapat membantunya untuk mencari kekuatan untuk berhijrah lebih baik. Tetapi malangnya, ada beberapa penceramah yang menggunakan bahasa yang tidak boleh diterima oleh hatinya, yang membuatkan dia berasa diri terlalu hina kerana berdosa, yang tidak memberi harapan bahawa insan berdosa juga masih ada jalan yang luas untuk pulang ke pangkuan Tuhan. Alhamdulillah kata kak Fynn, tak semua penceramah macam tu, masih ramai lagi yang baik kata-katanya dan indah nasihatnya.

Kata kak Fynn lagi, mengapa kita perlu utamakan cara yang kasar, yang mengecam si pembuat dosa sedangkan dalam banyak-banyak nama Allah, nama Ar Rahman (Maha Pengasih) itu yang paling Allah suka? Bermakna di sini Allah mahu kita yakin dan percaya bahawa Allah Maha Penyayang pada semua hambaNya dan kasih sayangNya meliputi segala sesuatu. Tak pernah Allah membenci hambaNya yang berdosa yang mahu bertaubat. Allah tahu hambaNya lemah, kerana itu Allah masih buka pintu keampunan itu seluas-luasnya. Allah kata, meski kita datang kepadaNya dengan dosa setinggi langit, Dia akan tetap mengampunkan kita dengan pengampunan sepenuh bumi, mashaAllah subhaanallah.

Berusahalah untuk mencontohi Rasulullah sollallahu alaihi wasallam. Bukan saja-saja Allah jadikan baginda Nabi kita. Bukan semata-mata sekadar cerita tentang apa yang berlaku sepanjang hidup Baginda. Semuanya sebagai panduan kita.

KENAPA SAYA SUKA CARA KAK FYNN?

Masa live tadi, ramai yang beri komen bahawa mereka sangat suka bila dengar kak Fynn beri nasihat. ada juga yang kata setiap kali dengar kata-kata kak Fynn, pasti ada saja airmata yang mengalir. Sebab apa yang dikatakannya itu dari hati, yang sememangnya ditujukan pada hati. Kak Fynn kata, dia tak larang kalau ada juga yang masih mahu gunakan cara dakwah sentap/sarkastik, namun dia tetap akan berpegang untuk mengikut cara Nabi sollallahu alaihi wasallam iaitu menggunakan cara yang penuh hikmah, yang tidak menyakitkan hati, yang memberi kata-kata harapan kepada pendosa tentang kecintaan juga pengampunan dari Tuhan.

Dan saya rasa, kerana itulah ramai yang sangat suka dengan pendekatan kak Fynn memberi nasihat. Caranya bersahaja, tidak berapi-api, tapi isinya penuh pengajaran dan keinsafan. Bila kak Fynn kata hati manusia susah nak terima kebaikan bila dia terasa dihina, saya setuju dan saya faham kenapa kak Fynn berkata sedemikian. Kak Fynn dulu pun pernah tersilap langkah, pernah terleka sebentar dengan duniawi (namun Alhamdulillah kini dirinya jauh lebih baik berbanding dahulu), jadi dia tahu bagaimana rasanya ketika berada di dalam fasa tersebut, dan apa yang pernah dia alami sepanjang dalam prosesnya untuk berubah.

Kak Fynn kata audience dia ramai yang macam dia dahulu, iaitu yang kini mahu kembali mencari Tuhan. Jadi dia tahu apa yang mereka alami, apa yang mereka mahu, dan apa nasihat yang boleh melembutkan hati mereka. Dan kerana itu juga lah kita boleh lihat mengapa ramai yang katakan bahawa dia suka cara kak Fynn beri nasihat. Adakala kata-katanya simple, akan tetapi memberi kesan yang sangat dalam.

Saya bukan mahu menyanjung kak Fynn, namun saya mahu tunjukkan bahawa bila kita memilih untuk mengikut cara Nabi sollallahu alaihi wasallam dalam menyampaikan kebaikan, ia sebenarnya lebih mudah untuk diterima oleh hati, lebih dekat dengan jiwa, lebih menusuk ke sanubari. Dalam mengajak manusia lain melakukan kebaikan, kita bukan mahu tunjuk bahawa kita ini baik & mereka itu jijik kerana membuat dosa, atau dibenci Tuhan kerana dosa-dosa itu. Wallahi, sesungguhnya cara seperti itu sangat mengguris hati dan biasanya membuatkan orang lain mahu menjauhi kita.

BERLEMBUTLAH

Wahai yang mahu memberi nasihat agama, berlembutlah. Jangan sampai yang mendengar kata-kata kita itu terasa makin mahu lari dari Tuhan, dari agama. Kalau tak mampu beri kata-kata yang baik, tunjukkanlah contoh akhlak yang baik, kerana itu juga antara cara yang Baginda sollallahu alaihi wasallam lakukan, iaitu menarik orang mencintai agama melalui akhlak mulia yang baginda pamerkan.

Kita bukan mahu cari siapa lebih baik, siapa lebih hebat berbicara, atau sebagainya. Tapi kita mahu sama-sama mencari redha Tuhan, mahu sama-sama mengubah diri menjadi hamba yang lebih baik, yang mencintaiNya lebih dari segala-galanya.

Wallahua'lam.

P/S: Tarbiah/Dakwah sentap di sini tidak ada kaitan dengan buku Tarbiah Sentap. Sentap di sini yang dimaksudkan ialah dakwah yang menggunakan cara perli. mengecam, kata-kata kasar dan juga menghina.

Wednesday, April 5, 2017

Doa Dari Si Dia

Bismillah.

Aci tak kalau update blog tapi copy paste je? Aci kan? Huhu. Saje je nak copy apa yang customer El Sajida cakap. Terharu rasanya. ;) 

Assalamualaikum.. Semoga team El Sajida sihat hendaknya. Saya menulis ni bukan nak order tudung, tp sekadar nak bagi pujian kpd El Sajida.

Pertama sekali kerana telah berjaya menghasilkan tudung dan shawl yg benar2 berkualiti dan menepati syariah. Saya rasa tak perlu saya komen panjang tentang produk2 keluaran El Sajida kerana semuanya baik2 belaka. No bad comment ☺☺ Malahan ketika saya mengerjakan umrah dua minggu lepas, mmg 3 helai shawl Ayra saja yg saya bawa ke Mekah dan Madinah. Bukan tak ada shawl atau tudung lain, tapi Ayra jugak la yg menjadi pilihan di hati ☺👍🏻❤️ Kerana di sana fokus kita ialah utk beribadat. Tak ada masa nak iron2 tudung segala 😂 Jd bila belek2 koleksi tudung/shawl saya, hanya Ayra la yg menepati spesifikasi yang saya cari utk dibawa ke tanah suci ☺ Alhamdulillah... Terima kasih kpd team El Sajida sbb telah memudahkn urusan saya. Semoga Allah permudahkn urusan anda pula di masa akan dtg ☺☺

Perkara kedua yg membuat saya mencoret harini ialah marketing strategi El Sajida. Dari dulu saya perhatikan, model2 El Sajida semua tutup muka dgn bunga 😂 Percaya atau tidak, inilah salah satu aspek yg membuatkn saya respect pada El Sajida dan membuatkn saya nak membeli dari El Sajida. Nampak biasa tp sebenarnya it speaks a volume. Kalau nak dibandingkn dgn jenama2 lain, yg menggunakan model2 lawa2 utk menggayakan produk mereka, El Sajida tampil berbeza dgn menutup muka model. Maaf, bukan nak cakap model El Sajida tak lawa.

My point is El Sajida mampu jual produk tanpa menggunakan model yg lawa2, bermekap tebal. For that, I highly praise your strategy. The products speak for itself. Tak perlu bantuan model yg lawa2 untuk bantu jualan. Saya berdoa pada Allah semoga pengasas El Sajida and the team dikurniakan pahala berlipat ganda sbb benar2 berniaga utk bantu para muslimah menjaga aurat sebaik2nya. Termasuk sekali dgn cara mengiklankan produk seperti yg saya nyatakan tadi. Saya yakin Allah redha dgn perjuangan El Sajida and the team.

Teruskan perjuangan suci ini. Insyaallah saya akn terus menyokong El Sajida (malahan masa pergi kursus umrah haritu, ada beberapa org yg bertanya ttg shawl Ayra yg saya pakai masa tu 😂 Terus bukak fb masa tu jugak, tunjukkn drg d mana saya beli shawl saya tu. Dan saya siap bgtau mmg saya akn bawak shawl ni pegi umrah. Harap2 mereka pun beli shawl tu dan bawa pegi umrah jgk). Semoga sentiasa diberkati Allah. Assalamualaikum ☺☺

********

MashaAllah banyaknya doa yang diberi. Moga Allah kabulkan. Amin ya Allah. Salah satu kegembiraan dalam buat bisnes tudung ni, ialah bila pelanggan kita gembira dan banyak doakan kita. Subhanallah. Terima kasih ya Allah atas segalanya. <3

Tudung Baru El Sajida, Sarung Sara. :) 

Wednesday, March 22, 2017

Updated My Another Blog!

Bismillah.

Just so you know, I have already updated my bilingual blog, finally! Haha thanks to Timah The Little Miss Diva. Who's Timah by the way? Click here to know! http://bilingual-ummi.blogspot.my/2017/03/lots-of-mix-tapi-kecek-kelate.html

Tuesday, March 21, 2017

Lagi Tentang Menulis

Bismillah.

Nak tahu kenapa saya rasa susah sangat nak update blog? Bukan sebab tak ada topik, tapi sebab kalau boleh saya nak tulis di sini tentang sesuatu yang saya tak tulis di tempat lain, yang tak ada di IG, FB atau Twitter saya. Saya cuma nak pembaca rasakan sesuatu sisi yang berlainan tentang diri saya setiap kali mereka baca apa yang saya tulis di sini. :)

Menulis ni kena konsisten, kalau lama tak menulis, memang idea tu rasa berkarat dan bahasa rasa macam tersekat untuk diluahkan. Saya terlalu sukakan menulis, terlalu suka bercerita, kadang-kadang tak fikir pun samada yang ditulis tu bermanfaat untuk orang lain atau tidak. Sesekali memang terfikir untuk menulis hanya yang formal atau ilmiah tapi macam tak jadi diri sendiri pula rasanya. Sebab saya pun suka bercerita tentang pengalaman serta kenangan yang pernah saya alami. :) Asalkan yang ditulis itu bukan sesuatu yang berdosa, inshaAllah tak ada masalah untuk dikongsi. Lagipun, apalagi cara untuk ikat kenangan selain dengan tulisan, kan? Gambar, adakala tak mampu menceritakan segalanya, dan tak membantu meluahkan segalanya yang terpendam. Mungkin sebab tu saya terlalu sukakan menulis. (Dan saya suka orang yang suka menulis). <3

Akhir-akhir ni saya dah mula slow sikit menulis di Facebook. Sebab saya dah jarang sangat buka facebook. Rasa macam serba sedikit dah hilang minat nak scroll Facebook. Mood swing? Oh tak, tapi saya rasa Facebook terlalu penuh dengan kisah fake, kisah yang nak impress orang lain, kisah yang show off, kisah yang entah saya tak berminat untuk baca. Minat saya adalah tentang inspirasi, tentang motivasi, inshaAllah nanti saya bersihkan Facebook saya betul-betul, supaya apa yang keluar di newsfeed saya adalah apa yang benar-benar saya perlu dan mahu baca.

Saya ada terfikir satu topik untuk ditulis di sini. Taknak janji bila saya akan tulis tapi saya cuba secepat mungkin. InshaAllah.

Terima kasih untuk anda yang dari dulu mengikuti penulisan saya. <3

Tuesday, January 31, 2017

Last Day of January

Finally the 31 days of January has already passed. And now it's going to leave us for a long period of time before it returns. I don't really have any idea of what to write, but I just know that I need to update something here before the month changes to February.

Oh, wait. If I am not mistaken, a few years ago I have written in this blog about my prayer during my 30th birthday. I am gonna screenshot it and paste it down there after a while.


2 years ago.

Alhamdulillah, I think Allah has answered that prayer. He gave me strength though He tested me again and again. And Alhamdulillah those tests had made me grow even stronger. Thank you Allah, for always be there for me, during each & every time I need You... 

I wrote in that post that I pray to be surrounded by the people who love me, but now I think, I don't wanna ask that anymore, I wanna ask Allah to make me appreciate those people who love me. It's okay if the quantity is very little, as long as I value their existences and they can feel my care & love towards them. 

Bye January. See you next year inshaAllah.