Bismillah.
Terasa panjang sungguh minggu ini. Sejak Isnin lalu, setiap hari saya menanti datangnya hari Sabtu. Kenapa Sabtu? Sebab dianggarkan phone saya akan siap dibaiki pada hari tersebut. Tak sangka lama juga masa yang diambil untuk baiki board yang rosak (tak pasti board tu dengan mother board atau tak, tapi orang kedai sebut board).
Sewaktu hari pertama hantar phone ke kedai, katanya saya perlu tinggalkan phone di situ untuk dia periksa masalah yang ada. Sejujurnya, malam tu saya tak lena tidur. Terbayang berapa ratus agaknya perlu dibayar.
Esoknya orang kedai call, kami ke kedai dan bincang. Katanya memang sah board yang rosak dan anggaran harga ialah antara RM500-RM800. Phew, banyak juga ya. Orang kedai minta saya pastikan samada nak minta dia proceed baiki atau prefer beli phone baru sebab tak jauh sangat beza harga beli baru dan baiki (2nd hand tapi model sama yang harganya RM1200).
Saya decide untuk proceed baiki sahaja, cuma katanya perlu ambil masa beberapa hari. Saya minta dia selesaikan baiki selewatnya Sabtu ini sebab kami tiada di rumah selama beberapa minggu, bermula Ahad. InshaAllah.
Sejujurnya sepanjang tempoh tanpa phone ini, saya rasa ada sesuatu yang hilang. Rasa unsettling feeling dalam hati. Nak kata tak boleh buka IG, TikTok atau Threads, semuanya boleh buka cuma perlu guna iPad dan hanya akaun tertentu sahaja boleh log in.
![]() |
| phone saya, beberapa jam sebelum dihantar ke kedai. |
Sedih sebab tak dapat buka whatsApp untuk bermesej dengan ibu saya seperti biasa. Sungguh minggu ni terasa mencabar. Dalam tempoh ada banyak collaboration work perlu diselesaikan inilah tiba-tiba diuji dengan phone rosak. Syukurlah semua brands memahami dan tak kisah jika saya upload content tersebut sedikit lewat.
Tapi saya agak tertanya juga kenapa saya banyak termenung dan berfikir sejak tiada phone. Menarik juga sebenarnya jika difikirkan yang inilah kali pertama saya lalui banyak hari tanpa phone, sejak pertama kali saya ada phone sendiri iaitu pada usia 18 tahun.
Pasti ada hikmahnya kenapa perkara seperti ini terjadi kan? Mungkin Allah nak beri saya rehat, atau nak saya lebih nikmati kehidupan di luar alam maya setelah terlalu lama saya bekerja menghadap skrin dan berinteraksi di dunia online.
Beginikah rasa ‘social media detox’? Mungkin.
Masih banyak yang saya ingin bercerita tapi rasanya saya mahu menulisnya di dalam journal. <3

No comments:
Post a Comment