Friday, September 26, 2025

Minta Allah Jadikan Kita Muqimussolah

Nak tahu satu doa yang sangat penting untuk kita amalkan setiap hari? 


Selain doa meminta ampun dan meminta dimasukkan ke Syurga, satu lagi doa yang amat perlu kita panjatkan setiap hari dan sebanyak-banyaknya ialah; 

doa agar Allah jadikan kita orang yang mendirikan solat (muqimussolah). 

Kita tahu iman kita tak sentiasa di atas, tak sentiasa jiwa terikat kuat dengan Tuhan. Ada masa kita rasa malas sangat nak solat, dan ada masa kita rasa susahnya nak solat di awal waktu. 

Sebab tu kita kena minta sungguh-sungguh dari Tuhan, agar Dia jadikan kita hamba yang sentiasa tak sabar nak solat menghadap Dia, yang selalu ternanti waktu solat sebab nak rasakan kemanisan waktu sendirian dengan Dia. 



Kalau boleh menangis masa minta tu, menangislah. Yang paling kita perlu banyak alirkan airmata adalah untuk Dia. Yang paling kita tak payah malu untuk menangis teresak-esak ialah pada Dia. 

Kalau kita tak rasa ada nikmat dalam solat, mintalah ampun dan minta Allah bantu kita rasai kemanisannya. Kalau kita tak rasa ada ketenangan hakiki dalam solat kita, mintalah agar Allah berikan perasaan itu.

Apa-apa yang kita mahu, mintalah dari Dia. 

******

From my Facebook post, written on 26th September 2016. 

No comments:

Post a Comment