*****
Tadi ada kawan whatsApp, cerita masalah dia. Kemudian ada satu part tu yang buat saya mengalir airmata.... Kawan kata lebih kurang macam ni;
"Dari dulu lagi saya selalu bandingkan diri saya dengan Sajida. Sajida cantik, baik, pandai, solehah, ada keluarga sempurna, ada anak yang comel, hidup Sajida terlalu sempurna..."
Allahuakbar... Sungguh sampai sekarang saat saya menulis ni, mata berair kerana terkenangkan kata-kata tu. Sebab saya rasa sedih. Rupanya selama ni ada yang memandang saya sedemikian rupa.
Sedangkan apa yang sebenarnya yang jadi dalam hidup saya, apa yang Tuhan telah ambil dari saya, ujian apa yang telah Allah beri pada saya, berapa tahun saya berendam airmata kerana diuji sesuatu dalam jiwa, semuanya tak pernah ada yang tahu.
Hidup saya tak sempurna, masih tak sempurna, bukan hanya ada gembira meski senyuman sentiasa terukir. Percayalah tiada sesiapa pun tidak pernah diuji sehingga dia rebah tak terdaya.
Saya mungkin tak tunjuk yang sedih-sedih itu, tak war-warkan apa yang telah saya hilang, tak terlalu bercerita tentang duka demi duka, tapi tak bermakna ia tidak ada. Tak bererti segalanya sempurna.
Saya memilih untuk melihat dari sudut yang bahagia, memilih untuk menyebarkan aura positif sahaja, memilih untuk yakin bahawa Tuhan menguji kerana mahu menguatkan saya, dan kerana itu saya tidak persoalkan kenapa saya diuji begitu begini, tak pernah menyesal ditemukan dengan orang itu dan ini, kerana saya sentiasa letak keyakinan tinggi bahawa Tuhan ada rencanaNya tersendiri yang tak sia-sia.
Look into my eyes,
and see the sorrow behind it..
Stare into my eyes,
and feel the suffering that lies there...
You can't find it?
Look again...
You will find the heartbreaks,
coz you have them in yourself too....
Coz we're all human.
And those things are part of us,
not to break us but to build us.
Percayalah satu perkara; SEMUA manusia yang kita kenal, yang kita jumpa, yang kita lihat di social media, mereka semua diuji, mereka semua ada sesuatu yang Tuhan telah ambil dari mereka, mereka semua tak sempurna, tapi mereka memilih untuk terus kuat & tidak tenggelam dalam duka.
— Sajida, January 2017.

No comments:
Post a Comment