Kali ni saya terasa mahu kongsi post santai sahaja berkaitan pengalaman haji. Iaitu antara juadah yang saya makan sepanjang mengerjakan haji pada tahun 2016. Jom tengok gambar. ;)
| Makanan pertama ketika dalam penerbangan, mahu bertolak ke Mekah. |
| Nasi dengan sup daging. Sup ni pekat, sangat sedap Alhamdulillah. Ini antara packed food yang kami dapat ketika di Arafah. Kalau tak silap saya, untuk sarapan. |
| Antara makanan ketika di Mina. Alhamdulillah sentiasa banyak makanan. Pagi nasi, lunch juga nasi, dan begitu juga dinner. |
| Mi segera, ketika dalam khemah di Mina. Ada banyak mi segera dijual di kedai luar khemah di Mina. |
| Masa ni harijadi kak Su, salah seorang roommate di Mekah. Kami berkumpul dan makan donut/kek bersama-sama ketika lunch. Alhamdulillah atas nikmat persahabatan ini. |
![]() | |
|
![]() |
| Antara usaha saya untuk makan juadah yang terasa 'Malaysia'. Beli roti di kedai runcit sebelah hotel, beli sardin di Mall di Abraj tower. Tambah hirisan bawang pada sardin. Sedap Alhamdulillah. |
![]() |
| Guna buah yang diberi percuma, saya lenyek pisang & kurma dan campur dalam susu. <3 |
![]() |
| Makan nasi mandy. Untuk takeaway, kami dibekalkan sekali plastik untuk diletakkan nasi atasnya. Jadi makan atas plastik macam shell out. Mudah, lepas makan terus bungkus, meja tak kotor. |
![]() |
| Murtabak versi Mekah. Yang ni kedainya berdekatan dengan restoran Felda D'Saji, Sofwah Towers. |
Apapun, pada pendapat saya, sebaiknya kita jaga tutur kata kita tentang makanan ketika di sana. Syukur dengan setiap juadah yang Allah beri. Jika tak boleh diterima tekak, tak perlu makan dan tak perlu mengeji makanan (yang ini, di mana-mana pun perlu dipraktik, ia sunnah). Cuma untuk yang memang suka makanan pedas, bawalah sambal atau sos cili banyak-banyak dari Malaysia. :)
Kalau anda ada tahu mana-mana restoran best di Tanah Suci (yang kena dengan tekak orang Malaysia), boleh share di bahagian komen. Moga bermanfaat untuk orang lain inshaAllah.










