Showing posts with label memories. Show all posts
Showing posts with label memories. Show all posts

Wednesday, December 11, 2019

40 Hari Tanpa Anak Ketika Haji

Bismillah.

Saya bukan nak kongsi tips, cuma mahu bercerita pengalaman sendiri. Mudah-mudahan boleh beri sedikit gambaran ataupun kelegaan kepada anda yang bakal menunaikan haji dan tinggalkan anak.

Waktu dapat tahu tentang rayuan haji saya diterima, perasaan agak bercampur baur. Antara teruja, bersyukur, risau, dan sedih. Sedih sebab akan tinggalkan anak yang ketika itu berumur 5 tahun. Antara perkara terawal yang saya lakukan selepas dapat tahu tentang tawaran haji tersebut ialah; pergi pada anak dan terus terang padanya bahawa saya dapat pergi haji dan akan meninggalkannya selama lebih kurang 40 hari.



Allahu, sebak sambil menaip. Sewaktu beritahu anak, kami berdua terus menangis dan berpelukan. Itu pertama kali dalam tempoh 5 tahun saya akan tinggalkannya dan biarkan dia tidur tanpa saya. Disebabkan waktu itu dia tiada adik beradik lain, perasaan sayu tu semakin kuat bertapak dalam hati. Tertanya-tanya bagaimana agaknya dia akan lalui 40 hari tanpa saya, dan tinggal bersama atok & neneknya.

Sebelum beritahu anak, sebenarnya saya ada google pengalaman orang lain yang meninggalkan anak ketika haji. Katanya, memang sangat penting untuk kita berterus-terang pada anak bahawa kita akan tinggalkannya. Memang akan ada sedih, tapi inshaAllah anak faham dan boleh terima. Itu lebih baik dari diam-diam pergi atau beritahu kita ada "kerja" tanpa menyebut mahu menunaikan haji.

Packing sebelum berangkat.

Tempoh antara saya dapat tawaran dan waktu berangkat, hanya lebih kurang 2 minggu. Jadi dalam tempoh itu memang saya sibuk ke sana sini uruskan hal yang sepatutnya. Dan dalam tempoh itu juga saya banyak bercerita dengan anak tentang haji. Sekurang-kurangnya anak juga faham apa yang kita lakukan sehingga perlu tinggalkannya. Dan dalam tempoh itu juga saya tinggalkan pesan kepadanya tentang apa yang perlu dia lakukan sepanjang ketiadaan saya dan suami.

Ketika di Imigresen di Jeddah

Sebelum pergi haji, memang saya biasa dengar orang kata, bila dah sampai di Tanah Suci nanti, kita tak akan sedih atau murung teringatkan anak. Rindu tu pasti ada, tapi bukan rindu yang melemahkan semangat. Maka saya pun percaya dengan kata-kata itu. Cuma saat yang paling menyakitkan ialah ketika malam berangkat ke Mekah, di Kelana Jaya.

Waktu itu, tak tergambar macam mana perasaan saya ketika salam peluk cium anak. Sungguh-sungguh bercucuran airmata. Bukan risaukan keadaannya sepanjang ketiadaan saya, tapi cuma sayu seandainya itu kali terakhir saya melihat anak. Saya tahu saya tidak sepatutnya berfikir yang negatif, tapi perkara tersebut bukan mustahil, boleh jadi Allah tarik nyawa dalam perjalanan, atau ketika di sana. Apatah lagi tahun sebelum itu (2015), ada insiden crane tumbang yang mengorbankan beberapa jemaah haji, dan juga insiden human centipede di Mina, yang juga turut mengorbankan nyawa.

Dipendekkan cerita, tiba sahaja dalam pesawat, Alhamdulillah hati terus tenang dan rasa lapang. Hati dan minda lebih tertumpu kepada berzikir serta bertalbiah. Mempersiapkan rohani dalam memulakan perjalanan haji. Dan sesampainya di sana, tiada rasa sebak atau sedih ketika teringatkan anak. Alhamdulillah ada aplikasi seperti whatsApp dan Line yang menghubungkan kami. Anak banyak menghantar voice note ketika saya di sana.

Di dalam pesawat. 

Selain disibukkan dengan urusan ibadah, keyakinan bahawa Allah menjaga anak saya juga menjadi penyebab hati ini mudah untuk tenang. Dan ketika di sana, baru saya tahu bahawa ramai lagi jemaah lain yang meninggalkan anak mereka yang lebih kecil berbanding anak saya. Ada yang meninggalkan bayi yang masih menyusu, hatta yang baru habis tempoh pantang! MashaAllah, kuatnya mereka. Dari situ saya semakin tenang memikirkan tentang anak.


Majdiyya (anak saya) ketika di rumah atok nenek. Baik-baik saja :)

Cuma seingat saya, saya ada juga menangis rindukan anak, di hari-hari terakhir saya di Tanah Suci. Mungkin kerana waktu itu, saya baru dapat berita tentang seorang kenalan yang kematian anak perempuannya yang sebaya anak saya. Innalillahi wa inna ilaihi rojiun. Jadi naluri keibuan saya turut terkesan dan terbayang-bayang kalau saya yang berada di tempat kenalan tadi.

Apapun, Alhamdulillah semuanya selamat pergi dan pulang. Haji terlaksana, dan kami akhirnya bertemu semula dengan permata hati yang amat dirindui. Terima kasih Allah, Engkaulah sebaik-baik Pelindung dan Penjaga.

Terima kasih Allah kerana menjemputku. 

Jadi untuk anda yang bakal menunaikan haji, jangan risau tentang anak. Yang penting, cepat-cepat beritahu anak tentang keberangkatan kita ke Tanah Suci. Kerana anak juga perlu masa untuk sediakan mental dan perasaan dalam menghadapi perpisahan sementara. Pastikan juga kita ceritakan kepada anak serba sedikit tentang haji. Supaya dia lebih faham tentang apa yang kita lakukan, dan supaya dia belajar untuk mengerti bahawa dalam hidup ini, kita perlu berkorban untuk Tuhan. :)


Monday, January 28, 2019

Juadah sepanjang Haji 2016

Bismillah.

Kali ni saya terasa mahu kongsi post santai sahaja berkaitan pengalaman haji. Iaitu antara juadah yang saya makan sepanjang mengerjakan haji pada tahun 2016. Jom tengok gambar. ;)


Nasi tomato (mungkin?) dengan ayam + hati goreng kunyit. Masa jumpa gerai yang jual lauk ni, terus beli sebab tekak rindu makanan Malaysia. Yang ni walaupun tak berapa macam masakan Malaysia tapi not bad. Repeat juga lepas tu. Alhamdulillah. Gerai ni ada kat area bertentangan masjidil haram, yang kena naik guna escalator terbuka, sebelah hotel Pullman/Hilton

Kat Mekah ada banyak kedai jual fastfood dan bagi saya, brand ni antara yang paling okay dengan tekak sebab ada yang spicy. Lagi sedap kalau bawa sos cili dari Malaysia sekali. ;) Broast al Rayid ni sebelah je dengan hotel kami menginap, Hotel Land Premium. 

Makanan pertama ketika dalam penerbangan, mahu bertolak ke Mekah. 

Makan-makan dalam bilik dengan roommates, ayam broast al rayid, mi segera
(di sana memang ramai juga jemaah makan mi segera sekali sekala bila tekak mula
terasa mahu makan selain makanan arab), roti dengan chocolate spread dan kunafah.

Nasi dengan sup daging. Sup ni pekat, sangat sedap Alhamdulillah. Ini antara packed food
yang kami dapat ketika di Arafah. Kalau tak silap saya, untuk sarapan. 

Antara makanan ketika di Mina. Alhamdulillah sentiasa banyak makanan.
Pagi nasi, lunch juga nasi, dan begitu juga dinner. 

Mi segera, ketika dalam khemah di Mina. Ada banyak mi segera dijual di kedai luar khemah di Mina. 

Kunafah, dibeli dari kedai yang sama dengan ayam kunyit tadi. Kali pertama saya makan kunafah dan yang ini paling sedap. Sebab saya ada juga beli dari tempat lain, tapi tak sesedap yang ini. Kalau dapat makan kunafah ni panas-panas dengan aiskrim vanilla memang umph. ;)

Masa ni harijadi kak Su, salah seorang roommate di Mekah. Kami berkumpul dan makan donut/kek bersama-sama ketika lunch. Alhamdulillah atas nikmat persahabatan ini.

 Salah satu menu packed food ketika di Madinah. 

Oren jus yang saya perah sendiri. ;) Masa ni kami banyak dapat buah, banyak yang tak termakan. Jadi penuh peti sejuk dalam bilik. Saya minta izin roommates lain untuk saya jadikan jus oren. Sedap Alhamdulillah. 

Makanan di Restoran Andalus, restoran makanan Malaysia. Puas hati sangat makan di sini. Terubat rindu pada masakan Malaysia. Kami ke restoran ini menaiki kereta milik owner restoran, mereka datang jemput di hotel. Ada yang kata Restoran ni dah tak beroperasi. :'(

Antara usaha saya untuk makan juadah yang terasa 'Malaysia'. Beli roti di kedai runcit sebelah hotel, beli sardin di Mall di Abraj tower. Tambah hirisan bawang pada sardin. Sedap Alhamdulillah. 

Guna buah yang diberi percuma, saya lenyek pisang & kurma dan campur dalam susu. <3

Makan nasi mandy. Untuk takeaway, kami dibekalkan sekali plastik untuk diletakkan nasi atasnya. Jadi makan atas plastik macam shell out. Mudah, lepas makan terus bungkus, meja tak kotor. 

Murtabak versi Mekah. Yang ni kedainya berdekatan dengan restoran Felda D'Saji, Sofwah Towers.


Alhamdulillah, itulah antara makanan yang Allah rezekikan saya untuk merasa di Tanah Suci. Memang saya tak nafikan, soal makan juga menjadi ujian di sana. Ada orang yang langsung tak dapat telan makanan di sana. Ada yang tak berapa berselera makan makanan yang disediakan oleh pihak Tabung Haji, jadi mereka lebih suka untuk beli sahaja di mana-mana restoran di sana. Ada yang boleh makan, tapi kena ada sambal/sos (sebab susah nak jumpa makanan pedas di sana). 

Apapun, pada pendapat saya, sebaiknya kita jaga tutur kata kita tentang makanan ketika di sana. Syukur dengan setiap juadah yang Allah beri. Jika tak boleh diterima tekak, tak perlu makan dan tak perlu mengeji makanan (yang ini, di mana-mana pun perlu dipraktik, ia sunnah). Cuma untuk yang memang suka makanan pedas, bawalah sambal atau sos cili banyak-banyak dari Malaysia. :) 

Kalau anda ada tahu mana-mana restoran best di Tanah Suci (yang kena dengan tekak orang Malaysia), boleh share di bahagian komen. Moga bermanfaat untuk orang lain inshaAllah.


Sunday, July 31, 2016

Hampir Mati (bahagian 2)

Bismillah.

Cerita kedua tentang pengalaman yang hampir meragut nyawa. Mungkin kali ni kurang debarannya sebab masih boleh bernafas, tak macam kes lemas yang hampir habis kemampuan untuk bernafas.

Tahun 2011. Ke Brunei menaiki kereta. Suami ada kerja di Miri (waktu ni kami tinggal di Bintulu, Sarawak). Dan memandangkan Brunei tidak berapa jauh dari Miri, jadi kami pun mengambil peluang ini untuk berjalan ke Brunei untuk beberapa jam.

Sewaktu dalam perjalanan pulang dari Brunei ke Miri, kami melalui satu jalan yang sangat gelap sehinggakan kami tidak dapat melihat apa-apa langsung. Terlalu gelap dan semestinya jalan di hadapan juga tidak kelihatan. Ketika itu kereta kami (kereta Kancil) terlalu laju. Dalam kegelapan serta kelajuan itu, tiba-tiba kereta kami terbang! Rupanya kami memasuki kawasan pembinaan di mana di kawasan itu terdapat banyak timbunan pasir dan tanah. Jalannya juga amat tidak rata.

Bayangkan kereta Kancil kami ketika itu yang sedang laju, meluncur laju di atas timbunan-timbunan serta longgokan pasir. Terus sekelip mata kereta kami terbang agak jauh dan sungguh, waktu itu kami tak tahu apa yang ada di hadapan. Dalam hati saya ketika itu, saya seolah-olah sudah redha jika kami jatuh ke dalam gaung atau kereta bergolek.

Namun syukur suami masih mampu mengawal kereta & tidak ada gaung di hadapan. Kereta kami terhempas semula ke atas tanah dan mati enjinnya. Suami dengan segera undurkan kereta dan memandu keluar dari kawasan itu. Bimbang kalau-kalau ada penjahat. Selepas beberapa kilometer berada jauh dari kawasan tadi, suami keluar untuk cek kereta. Almaklumlah kereta kecil & murah, mestilah bahaya jka sudah terbang dan terhempas semula. Dan syukur sekali lagi kerana tiada apa-apa kerosakan yang berlaku.

Oh, lupa untuk saya beritahu bahawa ketika itu, saya sedang mengandung 4 bulan. Bermakna kandungan masih kecil. Risau juga kalau-kalau apa terjadi. jadi kami berhenti di stesen minyak berdekatan dan saya ke bilik air untuk cek kalau-kalau ada darah yang mengalir akibat keguguran. Alhamdulillah my baby survived. :')

Setelah itu kami teruskan perjalanan pulang ke hotel di Miri dan masing-masing diam tanpa kata. Keesokan pagi, usai solat Subuh berjemaah, masih lagi kami berdua diam. Banyak termenung. Banyak merefleksi diri dan dibiarkan dengan fikiran masing-masing. Mungkin kerana kami masih lagi dalam kondisi yang seolah-olah tidak percaya apa yang berlaku kepada kami dan betapa bersyukurnya kami kerana Allah masih beri kami nyawa, malah kesihatan yang sempurna. Ya Allah betapa besarnya rahmatMu kepada kami sekeluarga.

Mudah-mudahan dengan nyawa yang masih Tuhan beri ini, kami akan terus cuba untuk membina kehidupan yang Allah redha dan diberi peluang untuk menyumbang sesuatu kepada ummah.

Amin ya Rabb.

Friday, July 29, 2016

Hampir Mati

Bismillah.

Alhamdulillah seronok pagi ni sebab dapat luangkan masa sikit untuk berblog. Tapi bila tengok jam dah 0653am, alahai cepatnya masa berlalu. Sekejap lagi nak kena kejutkan anak untuk pergi sekolah. Sebenarnya semalam teringat tentang dua pengalaman yang hampir meragut nyawa. Saya tak pernah cerita sebelum ni, hanya orang yang terdekat sahaja yang tahu. Dua kali ia berlaku.

Pertama, hampir lemas.

Saya suka berenang. Sangat-sangat suka. Saya belajar berenang sewaktu semester terakhir di UIA. Masa tu masih banyak peluang dan masa untuk berenang. Hampir setiap petang bermula jam 5pm saya akan pergi ke female sport complex semata-mata untuk pergi berenang. Berenang terasa seolah-olah satu escapism buat saya. Tak lari dari sesiapa, cuma waktu berenang, saya akan terasa tenang, rasa lupa akan semua masalah. Bersahabat dengan air yang tenang, minda benar-benar fokus pada pergerakan badan, pernafasan sendiri dan gelombang kecil air yang berada di sekeliling.

Selepas grad, saya dah tak jumpa kolam renang selain kolam renang uia yang dikhususkan untuk muslimah dan berada di tempat tertutup. Dipendekkan cerita, saya pernah datang ke KL (ketika itu saya tinggal di Johor) kerana ada urusan dan saya curi-curi masa sedikit untuk singgah di UIA semata-mata untuk berenang. Majdiyya masih kecil waktu tu, tak silap saya dia belum cecah usia setahun. Saya minta tolong seorang kawan untuk pegangkan Majdiyya sementara saya di kolam renang.

Waktu tu, saya dah tak berapa biasa berenang. Sebab hampir setahun tinggalkan aktiviti tersebut selepas baru sahaja pandai berenang. Entah macam mana, saya terus nekad untuk ke bahagian yang dalam dan berenang seperti biasa. Kerana sebelum itu saya memang sudah biasa untuk berenang menyeberangi kolam renang dari hujung ke hujung. Setiap bahagian yang paling dalam juga saya sudah redah.

Tapi waktu itu, waktu saya berenang semula selepas setahun; tak sampai 5 minit berenang, saya tiba-tiba lupa cara pernafasan yang betul. Saya lupa untuk fokus. Nafas jadi semakin pendek dan semakin banyak air yang saya telan. Waktu tu saya betul-betul terkapai sebab hampir tenggelam ke dasar dan nafas sudah semakin pendek. Semakin dibuka mulut, semakin penuh air berlumba-lumba memasuki mulut. MashaAllah waktu tu saya benar-benar rasa seperti hampir mati. Tak dapat bernafas, badan ditarik ke dasar kolam. Namun terima kasih Allah kerana masih beri peluang kepada diri ini untuk terus hidup. Lifeguard yang ada di kolam ketika nampak saya terkapai-kapai dan dengan segera dia campak pelampung ke arah saya. Syukur saya masih ada kudrat untuk menggerakkan badan sedikit ke arah pelampung dan berpaut padanya.

Sejak peristiwa itu, jika saya berenang, saya tidak berani lagi untuk pergi ke kawasan yang kaki saya tidak mampu cecah ke lantai. Trauma. Sungguh. Walaupun sebenarnya trauma dengan berenang, saya tetap lawan perasaan tersebut. Saya mahu ajar diri untuk berdepan dengan ketakutan itu serta lawan sedikit demi sedikit. Alhamdulillah hati saya masih sayangkan aktiviti tersebut. Walaupun boleh saya katakan bahawa sudah hampir 3 tahun rasanya tak berenang, tapi saya tetap sentiasa teringat-ingat akannya, masih sentiasa mahu berada di dalam air, masih kerap hati berbunga setiap kali terlihat kolam renang.

Okaylah, dah lewat nampaknya. Dah pukul 0722am. Untuk cerita kedua, inshaAllah nanti saya sambung lagi. :)

Fi hifzillah. <3

Inilah kolam renang itu. Rindu. :')

Sunday, July 24, 2016

Team El Sajida at Fronte Centre

Bismillah.

I was so sad to know that Blogger App is now no longer available for iPhone. If I were to update my blog using laptop, I am afraid it will take months. T___T

By the way, I just wanna share here the moments from the precious night that I have spent together with my staffs or known as #teamELsajida at the opening of Fronte Centre in Ampang. The owner of the centre is the regular photographer of El Sajida, Hijabella Studio. I feel so impressed about them, having big businesses at young age, mashaAllah.

I don't really wanna write much, just wanna upload some memorable photos of us. I think it has been forever since we went out together and really enjoyed ourselves like this. We have two new team members and I can say that this is the first time all of us hang out together. I am very grateful to God for sending me such an amazing team members. The team that I can rely on, the people who can do most of the tasks much much better than me.

Since the first time El Sajida have a team, the members keep changing, they come & go. And honestly the current team members are the best, in term of our bonding, as well as in term of doing our respective tasks. May Allah bless them all and give them an abudance of "rezeki yang berkat". Amin.

Enjoy the pictures!


In the meeting room. Not having a meeting, just looking around. :)

Seminar room. For any events or talks.

The youngest team member, Majdiyya. :D

Lovelies.

What I ate that night, Nasi Lemak Saleha Ampang, Green Tea, etc.

Majdiyya snapped this pic. ;)

What a great idea of business. ^_^


Love them fillah. <3


Friday, March 11, 2016

Sendirian Tapi Tidak Kesunyian

Bismillah.

Tadi keluar dengan staff, berhenti solat dan tak semena-mena teringat Shas Mosque (Masjid UIA). Terlalu banyak kenangan di situ. Situlah tempat solat, tempat ulangkaji, tempat berehat dan juga kadangkala jadi tempat makan. Bolehlah kalau nak kata yang dalam satu hari tu, satu pertiga berada di kelas atau library, satu pertiga di Shas Mosque dan satu pertiga lagi di bilik. 

Jadi kalau ditanya apakah yang paling saya ingati tentang UIA, semestinya salah satunya ialah Shas Mosque. Satu saat yang paling saya rindui ialah ketika short sem terakhir, ketika itu kelas sangat jauh dari bilik. Kelas bermula 8 pagi, tapi perlu keluar dari Mahallah (hostel) seawal jam 7 suku pagi kerana perlu berjalan ke sana. 

Oleh kerana selang waktu di antara dua kelas agak jauh, jadi semestinya saya perlu meluangkan masa di sekitar kelas/library/masjid seandainya saya tidak mahu pulang ke bilik. Dan seingat saya, perkara manis yang paling saya rindui adalah ketika selesai kelas 8pagi, saya akan terus ke masjid, dhuha seketika, baca buku dan berehat, sendirian di masjid. Di satu "port" yang sama, perasaan yang sama, ketenangan yang sama. Walau sendirian, namun tak pernah rasa sunyi. :)


Di library. Masa ni pakai niqab. Tapi pakai dalam UIA sahaja :)

Bercakap tentang sendirian, jujur saya katakan bahawa sewaktu zaman degree, saya jenis 'lone ranger'. Saya memang ramai kawan baik, kawan yang selalu saya luangkan masa bersama. tapi saya jenis yang lebih suka sendiri selepas kelas, di waktu rehat antara jarak kelas, ketika memilih kelas dan subjek, semuanya saya sendirian. Tapi biasanya memang ada kawan yang akan saya jumpa di tempat-tempat saya tuju. Cuma, ketika belajar, saya lebih suka sendiri, kerana bagi saya, kemahuan kita & kawan tak sama. Pada waktu rehat, ada yang mahu makan, ada yang mahu rehat, ada yang mahu pulang ke bilik dan sebagainya. Dan saya mahu ikut kemahuan sendiri. Saya pilih kelas mengikut jadual sendiri dan tak perlu risau andai ada kelas yang tak sama dengan kawan baik.

Bagi saya, saya perlu buat keputusan sendiri dalam menentukan halatuju pelajaran saya.  Saya tidak mahu menjadi seperti segelintir orang yang mahu berada dalam kelas yang sama dengan kawan baik untuk setiap subjek. Tidak mahu mendengar kata-kata orang lain tentang pensyarah atau subjek sekian-sekian. Jika saya memang mahu, saya akan terus daftar subjek itu. Semestinya saya juga ada kawan baik dan kawan yang saya sama-sama lakukan group discussion, cuma untuk siang hari sewaktu kelas, saya lebih banyak ke sana ke sini sendiri sehinggakan ada yang berbisik-bisik tertanya kenapa saya asyik dilihat sendirian membeli makanan, di perpustakaan dan juga ketika pergi dan pulang kelas. ;)


Rindu. :')

Bagi saya, kalau kita ada matlamat sendiri, ada impian sendiri, kita tak akan peduli samada ada orang mahu bersama kita atau tidak. Andai ada, Alhamdulillah. Andai tak ada, inshaAllah saya mampu sendirian dan tidak mengganggu perjalanan. Sebenarnya, waktu degree dulu, saya akui saya mahu cepat- cepat grad, kerana itu saya tidak kisah ambil banyak subjek dalam satu sem, dan kerana itu juga saya tak boleh atur jadual yang sama dengan kawan. Sebab tak ramai yang mahu selesaikan degree mereka dalam tempoh 3 tahun. Dan sejujurnya saya agak menyesal grad awal, pertama sebab saya sayangkan waktu degree dan tak seharusnya saya tak sabar menamatkannya & kedua kerana saya terpaksa grad dengan kakak senior. Jadi kenangan waktu konvo saya tidak terlalu indah dan 'happening'. Namun ada hikmah takdir saya sedemikian. Dah berlalu dan tak wujud kecuali dalam hati.

Apapun, terima kasih kalau anda baca sehingga akhir. Entri ini saya akui ia tidak bermanfaat untuk anda, cuma sekali sekala saya suka selitkan kenangan zaman belajar di blog ini. :) Okaylah, mata pun dah kuyu, nanti saya tulis lagi, inshaAllah.



Sunday, November 1, 2015

Storm from Yesterday

Hi.

It's already late & i am still awake. Was doing my work (replying whatsApps from customers plus making orders for them at elsajida.com) & and i think i need a rest.

I am quite sure that there are not much audience for this blog. But i still wanna write anyway, coz sometimes, I write for myself. For my future self. :)

I just wanna write here how much I can't still let go of the memories I had during my degree. The nostalgic feeling resides in my heart till today. There's a very dear place for it & i don't plan to get rid of it though most of the times, it hurts to look back.

I wonder why degree days are the phase i like most so far. Perhaps because at that time, i only need to think about myself, myself & myself. Nothing to be worried regarding money or establishing business legacy which is surely super duper tough. Those were the days where the things that matter to me are family, exams & friendship. Okay, don't let me start writing about friendship thingy, or else I won't sleep tonight.

I just realised something; the best days of our lives aren't the days where we have a lot of money with us, it's when we have less thing to be worried about. Gahhh how i miss my life in iium.

Till then, good night. :')


Wednesday, February 26, 2014

Nostalgically

Bismillah.

Alhamdulillah. A very beautiful and nostalgic day, it was.

Went to IIUM.
Spent a few hours there.
Met new and familiar faces.
Talked to strangers.
Chit chatted with old friends.
Listened to kuliah.
An absolutely exquisite hours of the day.

Honestly IIUM is the biggest piece of yesterday that still haunts me, day and night. Not in a bad way, instead it always leave me smiling and sometimes in tears, but tears that I can't describe the reason behind it, yet I am sure that the rolling pearls on my cheeks aren't because of sadness. Or maybe I can simply say, it's a longing. Longing for the past to happen again, even for a few hours, just to give the heart a nice feeling for a while. Ahh, reminiscing the past is indeed one of my best ability. ;)



Having a chance to make an existence in IIUM during night hours somehow gives me an extra nostalgic feeling. Walking down the memory lanes, whilst the soul is flying back to the places it has been to, kinda torturing the heart. Those are the places that had witnessed my hardships, my happiness, my struggles, my laughter, my devastation, my sadness, my bad days, my sweetest memory, and everything I had been through for three years.

No, this is not my first "homecoming" to IIUM after graduation. In fact, I always come here depends on the need. But still, the feeling of longing for yesterday is strongly sealed in the heart. Because I finally realized that, it's not the place that I really miss, it's the moments. Moments that will never ever return no matter how hard I try to complete all the little puzzles of those years. Even if I pursue my master here, it will never ever be the same as those few years back. It will definitely give me a new days with new adventures which are totally different from before.

Well, I think I need to stop ranting here. Coz it's already late and I have to go to sleep first. Or else I can't stop telling you about each and every part of the things about my university life that I really missed.

Just so you know, that IIUM is indeed an important part of me. And it contributes a lot to what I am today. May Allah bless all the people that had taught me a lot about life and relationships. Thank you Allah for making IIUM a part of my journey.




Friday, February 21, 2014

Time to Move On.


Bismillah. 


But some memories won't just fade. And some people can't easily be erased from our minds. But we just have to deal with it. :) 

Tuesday, January 7, 2014

I Write For Myself

Bismillah.

I love writing.
I love sharing the info I know (not necessarily what I practice).
I love expressing thoughts thru writing.
I love learning to write by writing and make mistakes.

I don't write because I feel I am flawless.
I don't write to show off the current life of me.
I don't write to tell the world about everything I have done.
I don't write because I want people to know my problems.

I write because I want to have something that one day will remind me of who I once was.
I write because I want to read my own writings and cry after realizing that I don't apply what I write.
I write because I want my daughter to know me, read about me, and touch my thoughts after she grows up and understand more about life.
I write because I feel the urge to do so.


Saturday, November 2, 2013

Temukan Kami di Sana.

Bismillah.

Waktu2 begini, buat jiwa makin teringat pada masa lalu. Teringat pada ikatan-ikatan persahabatan yg satu masa dulu menjadi perkara terpenting dalam hari2 yg dilalui.

Makin menginjak dewasa, makin masing2 jauh mengikuti jalan hidup yang berbeza, terasa sangat jauh ketinggalan sesuatu yg bernama persahabatan. Memang semua kita ada perasaan merindukan kehadiran teman2 lama, tapi alangkah lemahnya kita sebagai manusia untuk mengulangi kembali memori semalam. Dan lemah sungguh kita untuk cuba merapatkan hubungan setelah jasad berjauhan.

Ironi sungguh rasanya, zaman ini semakin banyak alat telekomunikasi, tetapi manusia makin kurang berkomunikasi. Kita punya segala cara untuk berhubung dengan teman, tapi kita terlalu banyak alasan untuk tidak melakukan sedemikian. Memang tak dapat dinafikan, persahabatan yg sering bertentang mata bertemu mesra sungguh tidak sama dengan persahabatan yg sekadar wujud dalam ingatan, atau bertemu tinta dan kata akan tetapi cuma sekali sekala dalam tempoh berbulan2.

Saya tidak salahkan teman2 yg jarang menghubungi saya. Kerana saya juga tidak sering bertanya khabar berita kepada mereka. Sukar untuk diungkapkan, tapi benar, terlalu banyak perkara yg telah berubah. Dan untuk menjadikan persahabatan dahulu kembali dalam waktu sekarang, agak mustahil rasanya apalagi bila komitmen masing-masing mula berubah daripada suatu masa dahulu.

Jika ditanyakan saya, zaman persahabatan yang paling dekat dengan jiwa saya adalah zaman belajar di universiti. Kerana ketika itulah jiwa-jiwa remaja yang sedang belajar tentang kehidupan sering beriringan, sama-sama membesar melihat ragam yang berbeza benar dengan alam persekolahan. Zaman universiti juga lah kita belajar untuk sama-sama serius dalam mengejar impian, jatuh bangun sama-sama saling memberi harapan dan semangat. Ya Allah, sungguh bahagia rasanya ketika hidup ini dikelilingi teman yang kita sayang.

Kini, bila masing-masing melangkah meninggalkan universiti, sekelip mata segalanya berubah. Sekelip mata teman-teman hilang dari pandangan. Mungkin ada warkah elektronik buat pengganti diri tapi nostalgia itu tetap tinggal nostalgia.

Andai difikirkan semula, betapa singkatnya masa yg Allah beri pada kita untuk bersama teman-teman yg dikasihi keranaNya. Betapa pantas masa bergerak dan merampas kegembiraan serta kesedihan yg pernah dilalui bersama sahabat. Namun sebenarnya, setiap manusia yg Allah hadirkan dalam hidup kita, semuanya mengajar kita tentang sesuatu. Tentang kesabaran, kejujuran, kesedihan, dan terlalu banyak lagi untuk disenaraikan.

Tapi jangan risau, InshaAllah satu masa nanti, Allah akan satukan kita kembali dengan manusia-manusia bernama sahabat yg pernah kita sayangi. Di mana? Pastinya dalam syurgaNya yg jauh lebih bahagia dan tiada langsung kesedihan. Dan yang paling penting, di sana tiada lagi perpisahan. Allah, tak sabarnya hati mahu menuju ke sana, berbahagia dengan jiwa-jiwa yg tenang, yg mencintai Tuhannya, dan yang menyayangi kita kerana Sang Pencipta.

Ya Allah berikanlah kami hidayahMu. Berikan kami kekuatan untuk terus berjalan di atas petunjukMu. Ya Allah temukanlah kami suatu hari nanti di sana kelak. Sungguh kami ingin berbahagia di bawah naunganMu, di dalam FirdausiMu. Ya Allah bantulah kami untuk terus mencintai kebaikan dan meninggalkan segala apa yg Engkau benci.

Ya Rabb...