Showing posts with label hadith. Show all posts
Showing posts with label hadith. Show all posts

Sunday, June 4, 2017

Bengkel Lady Boss

Bismillah.

Saya selalu tulis yang saya tak berapa minat untuk gelarkan diri saya sebagai ladyboss. Saya lebih suka gelarkan diri saya sebagai founder. Kenapa? Mudah saja, bagi saya istilah founder lebih formal, lebih matang & lebih dekat di jiwa saya. Tapi saya tak ada masalah jika perempuan lain gemar gelarkan diri mereka sebagai lady boss. Tidak ada yang salah tentangnya. :) Tapi kenapa saya tulis tajuk ladyboss? Okay, sebab siang tadi saya ada join kelas Lady Boss 101 di bawah kelolaan ABS. Semuanya dari wanita untuk wanita, terutamanya wanita yang perlu menjadi leader dan ada beberapa anak buah di bawahnya untuk dipimpin.

Sekian lama saya tak hadiri sebarang seminar berkaitan bisnes, rasanya lebih setahun juga. Kali terakhir adalah seminar Sifu Fbads sebelum raya tahun lepas. Saya memang nak join seminar lady boss ini sebab saya tahu saya amat cetek ilmu pengetahuan dalam bab menjadi pemimpin. Dari dulu saya ni sejenis yang lebih minat untuk bekerja di bawah orang (menerima arahan) dan bekerja di sebalik tabir. Jadi apabila tiba-tiba saya ada ramai pekerja di bawah saya, saya jadi buntu juga bagaimana cara terbaik untuk menjadi seorang pemimpin yang berpengaruh & ada karisma.

Walaupun bengkel ni cuma 3jam, tapi input yang saya dapat, benar-benar input yang saya perlukan & akan praktikkan semampunya. Yang paling saya suka ialah topik "Karisma Nabi" dan bagaimana kita boleh contohi Baginda Sollallahu alaihi wasallam. Bila penceramah sebut beberapa hadith dan bercerita serba sedikit tentang hadith tersebut, saya jadi sangat teruja, walaupun ada hadith yang memang saya dah tahu, tapi saya tetap seronok & impressed, macam dengar cerita yang pertama kali saya dengar. Subhanallah betapa aura baginda sollallahu alaihi wasallam tak pernah pudar sehingga kini.

Cuma satu je saya nak rumuskan tentang karisma Nabi. Bezanya karisma cari Nabi & Karisma cara barat adalah, Nabi gunakan akhlak & tingkah laku untuk mempengaruhi manusia. Sedangkan karisma barat lebih cenderung menggunakan material untuk menarik orang menyukainya/ terpengaruh. Contohnya bergambar dengan kereta mewah. Nabi tak perlu semua itu, Nabi tak ajar semua itu. 'Kos' karisma Nabi sangat murah & semua orang mampu ikuti; iaitu guna akhlak & peribadi kita. Dalam masa yang sama, cara percakapan & cara berurusan dengan orang di bawah baginda juga turut dibincangkan.

Sebenarnya kita ni amat kurang mengkaji hadith, amat kurang mengaplikasikan hadith dalam kehidupan kita. Kadang-kadang kita fikir, hadith nabi tu adalah sekadar cerita atau kisah zaman lalu. Tapi kita mungkin tak sedar bahawa kisah perang Badar/ Uhud/Khandak ada sesuatu padanya yang kita boleh praktikkan dalam menjadi seorang pemimpin. Boleh jadi juga kita tidak perasan bahawa pada proses penulisan/ pegumpulan alQuran secara berperingkat itu, ada pengajarannya yang boleh kita praktikkan pada zaman ini.

Sungguh saya rindu untuk belajar hadith. Rindu untuk mengkaji hadith, di mana padanya terdapat mukjizat demi mukjizat. Dan padanya juga tersirat hidayah buat manusia yang mencari kebenaran. Betapa ramai lagi sebenarnya yang tidak tahu apa itu hadith? Apa kategori hadith? Bagaimana ulama hadith menentukan taraf hadith? Adakah semua yang dikatakan hadith itu adalah benar-benar sahih dan datang dari Rasulullah sollallahu alaihi wasallam? Semua ini persoalan yang kita perlu jawab dan perlu kenalpasti kenapa masih ramai kurang ilmu tentang apa itu sebenarnya hadith.

Silap besar bila orang fikir bahawa hadith ni hanya untuk pelajar jurusan agama, sedangkan Rasulullah sollallahu alaihi wasallam berkata bahawa hadith tu adalah salah satu daripada dua perkara yang akan menyelamatkan kita dari kesesatan. Maka adakah hanya pelajar jurusan agama sahaja yang perlu selamat dari kesesatan? Semestinya tidak, dan semestinya hadith itu perlu dipelajari & difahami oleh semua yang bergelar Muslim.

Mudah-mudahan satu hari nanti Allah beri saya peluang untuk terus belajar hadith, tak pakar pun tak apa, asalkan saya ada ilmu tentang apa yang diajar dalam hadith & paling penting, saya praktikkan ilmu yang dipelajari itu inshaAllah.

Gambar hiasan: Bilik saya di UIA dahulu, sebagai pelajar jurusan Al Quran & As Sunnah. :)


Thursday, April 3, 2014

Bahagia dengan Memberi

Bismillah.

Saya percaya dan yakin bahawa setiap kita ada impian masing-masing yang ingin dicapai dalam hidup. Dan seandainya kita cuba senaraikan segala keinginan kita tentang hidup ini, sudah pasti kita akan dapati bahawa hampir kesemua cita-cita tersebut adalah untuk diri sendiri. Kita acapkali beranggapan bahawa kita akan memiliki kepuasan yang maksima jika kita akhirnya mencapai segala apa yang kita hajati.

Namun pada hakikatnya kita mungkin lupa bahawa kepuasan hidup itu sebenarnya datang apabila kita berjaya memberi manfaat kepada orang lain, membahagiakan orang yang kita sayang, memberi sebanyak-banyaknya kepada yang kurang mampu, membantu orang yang memerlukan pertolongan dan segala-galanya tentang menambah nilai kepada kehidupan orang lain.

Kita mungkin fikir wang di dalam dunia ini terhad. Dan nikmat yang Dia beri tidak cukup luas. Kerana itu kita takut dan berat hati untuk memberi, tidak kiralah dalam bentuk apa sahaja. Kita takut memberi, kerana beranggapan, apa yang milik kita akan berkurang. Kita berat hati untuk berkongsi, kerana kita risau hak kita perlu dibahagi-bahagikan. Lantas kita lupa dengan konsep what you give, you get back MORE. 

Agama kita terlalu indah. Ia mengajar kita untuk berkongsi dan sentiasa memberi. Kenapa agaknya ada hadith yang mengatakan bahawa sebaik-baik manusia adalah yang banyak memberi manfaat kepada manusia lain? Kenapa Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam mengatakan bahawa antara doa yang makbul adalah doa seorang muslim kepada saudaranya yang lain secara sembunyi, malah diaminkan oleh para malaikat? Kenapa Allah menyuruh kita untuk tolong-menolong atas perkara kebaikan?

Jika difikirkan, sudah pasti kerana terdapat kelebihan yang sangat besar apabila setiap dari kita ini punya keinginan yang kuat untuk terus memberi manfaat kepada orang lain. Allah menjadikan hati kita ini bahagia serta puas apabila kita mampu membahagiakan orang lain dan membantu memudahkan hidup mereka. Manusia yang kaya adalah yang paling banyak memberi kepada orang lain, bukan yang mengumpul harta untuk diri sendiri (atau keluarga sendiri semata-mata).

Memberilah, kerana Allah pasti membalas dengan lebih berganda
Memberilah,  kerana di situ lahirnya bahagia
Memberilah, kerana apa yang ada bukan hanya milik kita
Memberilah, kerana kaya itu bukan pada harta, tapi jiwa
Memberilah, kerana di situlah kepuasan hidup akan terasa.

Apalah erti hidup ini jika sekadar menerima dan menerima.

Wallahua'lam.

Wednesday, March 19, 2014

We Are Prisoners

Bismillah.

Reclaim Your Heart. Again. I want to share about Yasmin's writing regarding the hadith:

This world is a prison for the believer
and a paradise for the disbeliever.
-Sahih Muslim.

For years I have been understanding the hadith with this meaning: Muslims in this life were trapped or surrounded with the rulings of Islam, where we are bound to follow the dos and the don'ts and not to exceed the limit given by Allah 'azza wa jalla. And we can only truly enjoy ourselves in the Paradise later.

Yes it's not wrong to interpret it that way, but sis Yasmin gave us a totally different and much more beautiful explanation about that particular saying of our beloved Prophet sollallahu 'alaihi wasallam. Muslims are imprisoned here because we are actually don't belong here, and our souls are yearning to go back to a better world to reside there. Muslims know that this world is a temporary place and they don't seek to live happily ever after here since they believe they are heading to another life which the souls have been wanting for so long.

And what will happen to those that think that this life is paradise? Undoubtedly they won't have the idea of struggling in the world to attain a better life after death. They would be very satisfied enough with this world and surely their hearts aren't longing to be in another life. And what happen when they feel this worldly life is already a heaven? They will become very impatient when this life is not perfect. They are quickly angered and devastated because for them, this life is supposed to be a paradise, a perfect place to settle down. Their souls never realize that there's indeed a much greater life. For every sweat and blood they've sacrificed for, they are merely for the intention of having a better life here. And that's the reason why they are really afraid of death. Nobody wants to be separated from the paradise that they've found.

Whereby Muslims, the prisoners, it's different. Their hearts will always wish to be somewhere better, not because they feel that this life is miserable, but because they yearn to be somewhere more wonderful. And no matter how pleasing this life is for them, they will never stop hoping for the Perfect life that awaits them. Or maybe we can simply say that this life is the barrier that keeps the souls from returning to their God and Home.

We are waiting.
Waiting for our 'sentence' to end
Waiting to be released
Waiting for the call
to finally live in the real paradise of ours.
Allah please grant us the highest place in Jannah.
Amin ya Rabb...


Thursday, February 27, 2014

Makin Hari Makin Kenal

Bismillah.

Kak Ili ada sebut sewaktu halaqah tafsir yang lepas, kita ini biasanya buat maksiat kepada Allah sebab kita sebenarnya tak kenal Allah. Kalau kita lebih kenal Allah, kita akan berpelakuan lebih baik. Apa maksud kenal Allah? Tak sempat untuk mendapatkan lebih huraian dari Kak Ili tapi mungkin lebih kurang maksudnya:

- kenal dan tahu apa kewajipan kita kepada Allah

- tahu sejauh mana kasih sayang Allah kepada kita

- kenal sifat2 Allah; pengasihnya Dia, pemurahNya Dia, betapa Dia Maha Melihat, Maha Tahu segalanya

- tahu dan benar2 hayati ganjaran yg Allah sediakan untuk kita

- kenal apa itu Neraka dan sejauh mana sakitnya kita andai dihumbankan ke sana Na'udzubillah.

- kenali dan pelajari bagaimana sebenarnya untuk menjalani hidup yg sementara ini (menjadikan Nabi Sollallahu 'alaihi wasallam sebagai contoh)

- rasakan bahawa Allah itu dekat, bukan sekadar di waktu kita berdoa padaNya, tetapi juga ketika kita bemaksiat padaNya.

Jadi sejauh mana kita ini Muslim yang baik atau tidak, ia sebenarnya bergantung kepada sedalam mana kita mengenali pencipta kita. Dan saat Nabi sollallahu 'alaihi wasallam berpesan kepada kita bahawa orang yg berjaya ialah orang yg dirinya lebih baik dari semalam, mungkin antara mesej yang tersirat ialah: moga semakin hari semakin kita mengenali Allah dan mendekatiNya.

Wallahua'lam.



Wednesday, January 29, 2014

Moga Terhapus.

Bismillah.

Sewaktu di dunia mungkin kita tak mampu rasakan betapa pentingnya kewujudan 'penghapus2 dosa' dalam hidup kita.

Tapi bila di akhirat nanti, kita akan sedar pentingnya semua itu. Terutama bila kita harapkan mizan (timbangan) itu berat dengan pahala dan bukan sebaliknya.

Jadi, andai saat ini kita didatangi penghapus dosa seperti kesakitan, kesedihan, kerisauan dan juraian air mata, jangan mengeluh, jangan terus terusan menyalahkan diri. Bersyukurlah Allah masih beri peluang kepada kita untuk mengurangkan kuantiti dosa yang entah berapa banyak itu.

“Tidaklah menimpa seorang mukmin berupa rasa sakit (yang terus menerus), rasa letih, kekhawatiran (pada pikiran), sedih (kerana sesuatu yang hilang), kesusahan hati atau sesuatu yang menyakiti sampai pun duri yang menusuknya melainkan akan dihapuskan dosa-dosanya.' (Bukhari & Muslim)

Wallahua'lam.

Tuesday, May 14, 2013

Of Little Home and Lovely Mom

Bismillah.

Life is beautiful in it's own unique way isn't it? Some things that people think can cause happiness, are usually the source of problems and sadness. On the other hand, there are times where we think certain people aren't happy due to the low-economy status that they have, but in reality they are happier than thousands of rich people on this Earth.

Too many real-events had proved to us that happiness is something that comes from inside, and obviously materials aren't the reasons of its existence.

I can still remember clearly those days of ours (me and my siblings) where we were genuinely very happy and satisfied with life, although at that time we lived in a small house, with too many damages and cracks. The house wasn't in a perfect condition, but Alhamdulillah it was comfortable enough for us.

Believe it or not, but each time me and my sister reminisce about our childhood, we will always end up laughing very hard when the topic about our home back then enters the conversation. It was so funny to think that we were once lived joyously in a home with a roof which will 'fly' and fold itself whenever strong wind strikes. And it becomes more hilarious when we talk about the angry washing machine, as well as the 'environmental friendly' kitchen wall of that humble house of ours.



Well, I just wanna say that although we didn't live in a big cozy house, we did enjoy our lives to the fullest, and my siblings will agree with me if I say that the memory captured in that house, is definitely the best and sweetest childhood memory that we had. We played, fought, cried, fall, and did everything together. We didn't have much friends in that neighbourhood, but it was never an issue for us.

And one more thing, I think we led a gleeful days back then because we had our mum 24/7 with us. (My mum is a full time at home mother). Who cares if we didn't get to play computer games or iPad like today's kids? We have the best companion ever; our mum. Who cares if we didn't get to eat luxurious food every day? We have our mother's hand to cook and feed us. Who cares if we didn't sleep on a soft and pillowy bed? We have our mother's lap and voice to sing us to sleep. Life is really a heaven when you know that you always have your mother with you, to care about you and to be your best friend ever.

Abu Hurairah (radi Allahu anhu) reported that a person came to the Messenger of Allah (sal Allahu alaihi wa sallam) and asked: “Who among people is the most deserving of my fine treatment?” He (sal Allahu alaihi wa sallam) replied: “Your mother.” He then asked, “Who next?” The Prophet (sal Allahu alaihi wa sallam) replied: “Your mother.” He asked again: “Who next?” He (sal Allahu alaihi wa sallam) said again, “Your mother.” He again asked, “Then who?” He (sal Allahu alaihi wa sallam) said: “Your father.” [Sahih Bukhari]
Well, happiness isn't about money.

Money isn't everything.

Family is everything.




p.s.: I miss my brothers and sisters! <3